KUALA LUMPUR, Mosulbar.com – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, menegaskan bahawa Amanat Perdana Hari Kebangsaan yang bakal disampaikan bukan sekadar sekadar ucapan biasa. Bagi beliau, amanat itu adalah wadah untuk mengenang perjuangan silam, menyemai semangat patriotisme, serta memperkukuh azam demi masa depan negara yang lebih gemilang .


Majlis akan berlangsung esok, bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor, dan akan disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan seperti RTM, Media Prima, Astro Awani, Bernama TV, TVS, TV AlHijrah serta platform media sosial seperti Facebook Live. Sambutan dijangka meriah, dengan kehadiran lebih daripada 4,000 tetamu, termasuk penjawat awam, wakil badan beruniform, pendidik, pelajar, belia, wakil kesatuan sekerja, usahawan, koperasi dan penjaja kecil .


Tema sambutan tahun ini, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, mencerminkan semangat inklusif dan perpaduan dalam memasyarakatkan nilai-nilai kebangsaan.(My/Red)